MIRI – Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori treler yang membawa muatan jentera berat di persimpangan lampu isyarat Jalan Miri Bypass, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang, pemandu treler, Melintang Mamuwas, 55, dan kelindan, Tan Gawan, 44, tersepit di dalam kenderaan tersebut.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mereka kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back