KUCHING - Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Pelancaran Buku Biografi “Abang Johari: Sarawak’s First Premier”.
Delegasi berkenaan diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, bersama tokoh korporat Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Tun Jugah dan Pengarah Limar Group of Companies, Wan Mohamad Wan Ibrahim.
Kunjungan itu bertujuan menyerahkan jemputan rasmi kepada Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, untuk hadir dan menyempurnakan pelancaran buku berkenaan yang dijadual berlangsung esok di Dayak Cultural Foundation, Jalan Ong Tiang Swee.
Dalam pertemuan tersebut, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi merakamkan penghargaan atas jemputan itu dan mendoakan agar majlis pelancaran biografi berkenaan berjalan lancar serta dipermudahkan.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back