• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 December 2025 | 02:55 PM

Tiada Lagi Diskaun Kompaun Untuk Pemilik Haiwan Berkeliaran

KUCHING - Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sentiasa giat menjalankan operasi menangkap anjing liar di bandar ini, sambil menyeru pemilik haiwan peliharaan untuk memastikan haiwan mereka dikawal dengan baik.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata meskipun MBKS telah melaksanakan pelbagai usaha sebelum ini, operasi menangani anjing liar adalah kerja berterusan dan memerlukan kerjasama semua pihak.

Katanya, pendekatan bersepadu melalui kempen bersama diperlukan bagi mengehadkan akses anjing liar di kawasan awam.

Tegasnya, MBKS tidak akan memberi diskaun atau pengecualian kompaun kepada pemilik haiwan yang membiarkan haiwan mereka berkeliaran.

Sehubungan itu, Datuk Wee menyeru pemilik haiwan supaya memastikan haiwan mereka divaksin, berlesen, dicipkan dan dijaga di dalam rumah. Sekiranya haiwan peliharaan ditemui berkeliaran di jalan, ia akan dianggap sebagai anjing liar dan tindakan tegas akan diambil.

Beliau menegaskan usaha ini bukan sahaja untuk keselamatan jalan raya dan orang ramai, malah bagi memastikan pekerja penghantaran makanan serta pengguna jalan raya lain dapat bergerak dengan selamat.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok