• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 December 2025 | 12:36 PM

UNICEF puji komitmen MBKS, Saran Tumpu Pelaksanaan dan hasil nyata Untuk Kanak-Kanak

KUCHING - Wakil Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia dan Wakil Khas ke Brunei, Robert Gass, memuji komitmen Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dalam menjadikan Kuching Selatan sebuah bandar mesra kanak-kanak, sambil menegaskan bahawa tumpuan kini beralih kepada fasa pelaksanaan.

Berucap pada Majlis Pengiktirafan MBKS sebagai Bandar Calon di bawah Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) di Kuching hari ini, beliau berkata UNICEF bersama MBKS telah menjalankan analisis situasi komprehensif melalui tinjauan dan temu bual bersama ibu bapa, kanak-kanak, belia serta kakitangan bandar bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kehidupan seharian kanak-kanak di Kuching Selatan.

Menurutnya, dapatan tersebut turut diperhalusi melalui bengkel bersama kanak-kanak dari pelbagai kejiranan, peringkat umur dan keupayaan, yang mengenal pasti tiga isu utama iaitu kawasan tidak selamat, kebimbangan terhadap akses mudah kepada bahan terlarang seperti vape dan rokok, serta kekurangan ruang mesra kanak-kanak.

Beliau menambah MBKS telah menunjukkan kesediaan mendengar suara kanak-kanak apabila banyak tindakan dalam Pelan Tindakan Bandar Mesra Kanak-Kanak 2026–2029 diilhamkan terus daripada pandangan mereka.

Gass turut memuji usaha MBKS yang sebelum ini menubuhkan Majlis Kanak-Kanak, memperkenalkan Kaunter Faedah Kerajaan Sarawak, menaik taraf ruang terbuka serta membina Ausome Park bagi kanak-kanak autisme.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia akan membentangkan kemajuan hak kanak-kanak kepada Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak PBB di Geneva pada Januari depan dan Kuching Selatan akan menjadi contoh cemerlang untuk diketengahkan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok