KUCHING - Sarawak kini mampu membiayai projek sendiri tanpa bergantung kepada peruntukan Persekutuan melalui pengurusan kewangan kreatif.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan bahawa penubuhan bank milik Sarawak membolehkan negeri menggunakan prinsip perbankan untuk membiayai projek, manakala Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) pula memberi peluang Sarawak berkongsi hasil industri minyak dan gas.
“Dengan mekanisme ini, apabila projek kami dibatalkan oleh Persekutuan sebelum ini, kami masih mempunyai dana sendiri untuk meneruskan pembinaan jalan dan jambatan,” katanya pada Majlis Gabungan Parti Sarawak (GPS) Backbenchers Night di Kuching, Rabu malam 3 Disember.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Premier Sarawak, ahli Jemaah Menteri, Speaker DUN Sarawak dan ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back