• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 December 2025 | 10:12 AM

Banjir di Perlis, Pahang Semakin Pulih, Mangsa di Perak, Selangor Terus Menurun

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Perlis dan Pahang semakin pulih, manakala jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Selangor terus menurun pagi ini.

Di Perak, 2,690 mangsa daripada 783 keluarga ditempatkan di 18 PPS, paling ramai di Hilir Perak (1,385 orang), manakala di Selangor, jumlah mangsa menurun kepada 699 orang daripada 215 keluarga di tujuh PPS.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangka ribut petang dan malam ini di beberapa daerah termasuk Kampar, Muallim, Batang Padang, Kerian, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Kinta.

Di Perlis, mangsa berkurangan kepada 207 orang di dua PPS di Padang Besar dan Arau, manakala di Pahang, 28 mangsa daripada enam keluarga kekal ditempatkan di dua PPS di Kuantan dan Maran.

Paras air di sungai utama negeri tersebut kini berada di bawah paras bahaya, menandakan keadaan semakin terkawal.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok