MADRID - Real Madrid menamatkan tiga perlawanan tanpa kemenangan dengan menewaskan Athletic Club, satu gol daripada Kylian Mbappe dan Eduardo Camavinga memastikan kemenangan 3-0, sekaligus mengejar Barcelona di tangga teratas La Liga dengan hanya satu mata ketinggalan.
Mbappe membuka jaringan awal pada minit ke-7 selepas kawalan kemas dan menewaskan dua pertahanan, sebelum menjadi penyumbang untuk gol Camavinga pada minit ke-42. Penyerang Perancis itu menambah gol kedua peribadi pada minit ke-59 dengan rembatan rendah yang menewaskan penjaga gol Unai Simon.
Namun, kegembiraan Madrid diselubungi kebimbangan apabila Trent Alexander-Arnold dan Camavinga mengalami kecederaan, dengan Alexander-Arnold terpaksa dikeluarkan selepas memberi hantaran gol pertama sejak menyertai Madrid musim panas ini.
Kemenangan tersebut mengekalkan tekanan terhadap Barcelona, manakala Athletic Club terus bergelut dengan kekalahan ketujuh dalam 12 perlawanan liga, kekal di tangga kelapan dengan 20 mata.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back