LONDON - Arsenal menewaskan Brentford 2-0 di Emirates untuk mengukuhkan semula kelebihan lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris.
Gol awal minit ke-11 hasil tandukan Mikel Merino selepas hantaran silang Ben White membuka tirai jaringan, manakala Bukayo Saka menambah gol kedua pada masa kecederaan hasil lorongan Merino.
Brentford beberapa kali hampir menyamakan kedudukan, termasuk tandukan Kevin Schade yang terkena palang.
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Arsenal kepada 18 perlawanan dan kemenangan kelapan berturut-turut di laman sendiri, walaupun Arteta gusar apabila Cristhian Mosquera dan Declan Rice terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back