LIVERPOOL - Liverpool terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 di Anfield selepas gol sendiri pada minit ke-81 menyelamatkan skuad Arne Slot daripada kekalahan kepada Sunderland.
Pelawat mendahului menerusi rembatan Chemsdine Talbi yang terbias mengenai Virgil van Dijk sebelum menewaskan Alisson pada minit ke-67.
Slot sekali lagi merehatkan Mohamed Salah di bangku simpanan sebelum membawa masuk penyerang Mesir itu pada babak kedua bagi menyuntik perubahan dalam permainan hambar The Reds.
Liverpool menyamakan kedudukan selepas percubaan Florian Wirtz tertampan Nordi Mukiele masuk ke gawang sendiri.
Keputusan tersebut menambah tekanan terhadap Slot yang bergelut mencari rentak konsisten bersama Liverpool.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back