Kuching – Kerajaan Negeri iktiraf dan hargai peranan serta sumbangan penting para pengamal media, sebagai jambatan maklumat utama antara kerajaan dan masyarakat.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, para pengamal media memainkan peranan penting dalam memastikan setiap usaha serta dasar kerajaan difahami dengan jelas oleh rakyat.
Jelas beliau, perkara itu penting bagi meraih kerjasama serta sokongan padu daripada masyarakat secara keseluruhan.
Sehubungan itu, permohonan untuk menyalurkan sumbangan khas kepada warga media telah mendapat sokongan penuh daripada Premier Sarawak.
Menurut beliau lagi, kerajaan sentiasa memberi perhatian serius terhadap peranan pengamal media dalam menyampaikan berita berkaitan agenda pembangunan dan inisiatif ekonomi baharu yang diperkenalkan kerajaan negeri.
Ini bagi memastikan semua maklumat dapat disampaikan dengan tepat serta difahami oleh seluruh masyarakat Sarawak.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pemberian insentif sebanyak RM700 kepada pengamal media swasta yang diumumkan oleh Premier Sarawak semasa sesi penggulungan Belanjawan Sarawak 2026 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back