KUALA LUMPUR - Pembinaan fizikal bagi Seksyen Miri, Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB) dijangka bermula pada suku pertama 2026, persidangan Dewan Negara dimaklumkan hari ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jajaran sepanjang 4.951 kilometer kini dalam fasa prapembinaan dan sedang melalui proses tender.
Manakala Pakej Kerja WPC 11 melibatkan penukaran paip air kritikal akan dilaksanakan secara berfasa bermula suku pertama 2026 dan dijangka siap pada 2029.
Beliau menegaskan bahawa projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, sepanjang 786 km, telah mencapai 99.98 peratus kemajuan setakat Oktober lepas, dengan 10 daripada 11 pakej kerja telah siap sepenuhnya dan dibuka secara berperingkat untuk kegunaan rakyat.
Taambahnya, KKR dan JKR Sarawak akan terus memantau projek bagi memastikan pelaksanaan mengikut skop kerja, spesifikasi, serta mengelak kelewatan akibat isu kontraktor atau peruntukan tambahan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back