• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 December 2025 | 03:24 PM

Sarawak Lancar Inisiatif Jambatan RM7.3 Bilion Tingkatkan Infrastruktur Negeri

KUCHING - Sarawak memulakan inisiatif pembinaan jambatan berskala besar bernilai RM7.316 bilion, merangkumi 143 projek, bagi meningkatkan rangkaian pengangkutan dan kesalinghubungan di seluruh negeri.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, 21 jambatan utama bernilai RM6.92 bilion sedang dilaksanakan, manakala Program Transformasi Jambatan Luar Bandar (RBTP) memperuntukkan RM396 juta untuk 122 projek jambatan luar bandar, menggantikan struktur kayu lama dengan konkrit bertetulang moden dan membina laluan baharu di kawasan luar bandar.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Uggah menambah Jabatan Kerja Raya telah menyiapkan lapan jambatan utama, termasuk Jambatan Muara Lassa, Jambatan Tun Taib Mahmud, Jambatan Batang Saribas dan Jambatan Datuk Amar Juma’ani, manakala 10 jambatan lain sedang dibina, dengan sembilan dijangka siap tahun depan.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok