• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 December 2025 | 02:59 PM

Sarawak Labur RM31 Bilion, Capai Sijil Bersih Akaun Awam ke-23

KUCHING - Sarawak mencatat kemajuan ketara dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan perbelanjaan sebanyak RM31 bilion, bersamaan 78 peratus daripada had diluluskan, dan memperolehi Sijil Bersih Akaun Awam ke-23 berturut-turut.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada 1,396 projek yang dibiayai kerajaan negeri, 987 projek adalah fizikal, termasuk Projek Rakyat dan lebih 9,200 projek Transformasi Luar Bandar, dengan 308 projek sudah siap sepenuhnya.

Beliau menegaskan pencapaian ini mencerminkan tadbir urus baik, pengurusan kewangan berhemah dan disiplin perbelanjaan, sambil mengekalkan keyakinan pelabur dengan penarafan antarabangsa stabil daripada Moody’s, S&P dan penarafan domestik AAA oleh RAM.

Datuk Amar Douglas Uggah berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Penangguhan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Tambahnya lagi, Sarawak kini terus mengukuhkan pembangunan seimbang dan daya tahan kewangan negeri, sambil memastikan akauntabiliti setiap projek kerajaan.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok