SIBU - Hospital Sibu sedang mengesan waris atau ahli keluarga kepada seorang pesakit wanita berbangsa Cina, Ting Su Ngiik, berusia 64 tahun, yang telah dirawat di Wad Perempuan 22 sejak 17 November lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pesakit beralamat terakhir di Rumah Empawah, Sungai Empawah, Sibu, dan difahamkan mempunyai seorang suami serta empat anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.
Menurut pihak hospital, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menghubungi keluarga pesakit, namun semua talian tidak berjaya dihubungi dan sehingga kini tiada ahli keluarga tampil memberikan kerjasama.
Orang ramai yang mengenali pesakit atau mempunyai maklumat berkaitan waris diminta segera menghubungi Wad 22, Hospital Sibu di talian 084-333 343 sambungan 5210.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back