• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 December 2025 | 01:47 PM

KKDW Perluas Tenaga Boleh Baharu, Pastikan Elektrik Stabil di Sarawak Menjelang 2030

KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperluas penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) di pedalaman Sarawak bagi memastikan bekalan elektrik stabil dan berdaya tahan menjelang 2030.

Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang, berkata pendekatan ini sejajar dengan Sarawak Electricity Master Plan 2025-2030, menggunakan sistem solar hibrid dan mini hidro untuk kawasan yang jauh daripada grid.

“Pendekatan TBB membolehkan kawasan pedalaman menerima elektrik terjamin tanpa bergantung kepada sambungan grid,” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Abun Sui Anyit pada sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Sejak 2015, lebih 650 lokasi di Sarawak seperti Kapit, Belaga, Bukit Mabong dan Song telah menerima sistem solar.

Projek baharu pada 2026 termasuk Mini Hidro Ulu Lung di Busang, serta projek solar hibrid di Telang Usan, Marudi dan Katibas manakala stesen solar hibrid di Bario Central dan Long Bedian juga akan dinaik taraf.

Datuk Rubiah menekankan model operasi bersepadu bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) memastikan penyelenggaraan cepat, dengan masa respons kerosakan antara 6 hingga 48 jam bergantung lokasi.

Jelasnya, langkah tersebut dijangka memperkukuh akses elektrik di kawasan pedalaman, menyokong pembangunan mampan Sarawak menjelang 2030.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok