KUALA LUMPUR - Tiga menteri Kabinet, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, hari ini mengangkat sumpah penggal kedua sebagai senator di Dewan Negara, membolehkan mereka meneruskan peranan dalam Jemaah Menteri sehingga 2 Dis 2028.
Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah berkata, pelantikan semula itu mencerminkan kepercayaan berterusan terhadap kepakaran dan komitmen mereka dalam menyumbang kepada dasar dan pembangunan negara.
Untuk rekod, ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah bagi penggal pertama pada Disember 2022.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back