PUTRAJAYA - Pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 akan disambung semula pada 30 Disember selama 55 hari oleh Ocean Infinity.
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya hari ini berkata, operasi akan menumpukan pada kawasan dengan kebarangkalian tertinggi untuk mengesan pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014, membawa 239 penumpang dan anak kapal, selaras perjanjian perkhidmatan dengan kerajaan.
Kementerian menegaskan usaha tersebut menunjukkan komitmen Malaysia memberikan penutupan kepada keluarga mangsa, meskipun serpihan pesawat hanya ditemui di sepanjang pantai barat Lautan Hindi sejak tragedi itu.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back