KUCHING - Projek pembinaan dua hospital utama di Sarawak menunjukkan perkembangan positif, dengan Hospital Lawas baharu 95.86 peratus siap setakat 25 Okt, manakala Hospital Petra Jaya mencatat kemajuan fizikal 84.99 peratus, selepas tarikh siap dilanjutkan ke 23 Feb 2026.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Hui Kian turut memaklumkan bahawa projek Pusat Kanser Sarawak kini berada pada tahap prapelaksanaan, dengan kos awal dianggarkan RM1.52 bilion dan tempoh pembinaan dijangka antara 2026 hingga 2031, dengan Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai agensi pelaksana.
Dr Sim menyatakan projek-projek ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh infrastruktur kesihatan negeri dan meningkatkan akses rawatan bagi rakyat Sarawak.
Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan bagi kementerian itu di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back