BAU - Seorang lelaki dilaporkan pengsan selepas disengat serangga berbisa semasa dalam perjalanan ke kebun di Gunung Mongag, Jalan Kampung Bijuray Mongag, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 8.55 pagi.
Setiba anggota Bomba di lokasi, mangsa berusia 30 tahun telah sedar dan dalam keadaan stabil.
Mangsa dibawa turun dari gunung tersebut dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back