MUKAH - Tiga saman dikeluarkan kepada pemandu atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang Operasi Bersepadu Cegah Jenayah yang dijalankan Selasa malam 2 November di Mukah.
IPD Mukah dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini berkata, operasi bermula jam 9.00 Selasa di kawasan hotspot Pekan Balingian, Jalan Balingian-Kuala Balingian dan Kilometer 142 Jalan Pan Borneo Sibu-Bintulu.
Seramai 17 pegawai dan anggota dari pelbagai cawangan terlibat, diketuai Inspektor Song Ching Leng daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah.
Sepanjang operasi, 24 individu dan 21 kenderaan diperiksa, selain menumpukan usaha membanteras penyalahgunaan dadah serta memastikan pematuhan peraturan lalu lintas.
Operasi berakhir pada jam 1.00 pagi, menegaskan kehadiran polis dalam usaha mengekang jenayah di kawasan itu.
Sumber: fb IPD Mukah
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back