• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 December 2025 | 09:26 AM

AFFIN Integrasi Google Pay, Perkukuh Perbankan Digital & Aspirasi Kepimpinan Industri

KUCHING - Kumpulan AFFIN terus mengorak langkah besar dalam transformasi digitalnya dengan mengumumkan integrasi Google Pay untuk semua kad kredit dan debit Visa serta Mastercard, sekali gus memperkukuh visinya menjadi Syarikat Kewangan Paling Kreatif dan Inovatif di Malaysia.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pengenalan ciri baharu itu hadir sebulan selepas pelancaran aplikasi perbankan mudah alih dipertingkatkan, AffinAlwaysX, yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan kewangan moden pelanggan dengan ciri lebih selamat, lancar dan pintar.

“Dengan integrasi Google Pay, pemegang kad AFFIN boleh membuat pembayaran tanpa sentuhan dengan pantas di premis seluruh dunia, meliputi transaksi kedai fizikal, dalam talian dan perjalanan. Ia bukan sekadar ciri tambahan, tetapi pencapaian penting dalam strategi digital jangka panjang kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa 2 November.

Beliau menegaskan integrasi itu menyokong Pelan AX28 yang berteraskan Perkhidmatan Pelanggan Tiada Tandingan dan Kepimpinan Digital, selain memperkukuh intipati jenama AFFIN, ‘Sentiasa Tentang Anda’, dengan menempatkan keselamatan serta keperluan pengguna sebagai fokus utama inovasi.

Menurutnya, AFFIN komited menyediakan penyelesaian kewangan menyeluruh merangkumi semua peringkat kehidupan pelanggan, meletakkan kumpulan itu pada landasan kukuh untuk pertumbuhan masa depan serta mengukuhkan kedudukan sebagai antara peneraju sektor kewangan digital di Malaysia.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok