• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 December 2025 | 08:45 AM

AirBorneo Bakal Mulakan Operasi Januari Ini, Tingkatkan Kesalinghubungan Sarawak

KUCHING - AirBorneo dijangka memulakan operasi bulan depan menggunakan rangkaian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) sedia ada di Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, syarikat penerbangan itu berpotensi berkembang kepada operasi serantau menjelang akhir tahun depan, bergantung kepada ketersediaan pesawat, pengagihan slot lapangan terbang dan kelulusan pihak berkuasa.

“Pengambilalihan MASwings Sdn Bhd dijangka selesai menjelang 31 Dis 2025, susulan Perjanjian Jual Beli Saham yang ditandatangani pada 12 Feb lepas,” kata beliau semasa sesi penggulungan kementerian di Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam.

AirBorneo, yang dilancarkan pada 21 Ogos lepas dengan logo Wing of Unity dan slogan Borneo for You, mencerminkan identiti Bumi Kenyalang serta visi memperkukuh kesalinghubungan negeri.

Dalam perkembangan lain Datuk Seri Lee memberitahu, Sarawak terus membuka laluan baru dengan perkhidmatan sewa khas dari Haikou, China ke Kuching oleh 9Air, manakala Loong Air dijadual memulakan perkhidmatan dari Shenzhen tidak lama lagi.

“Kerjasama rapat dengan syarikat penerbangan dan agensi rakan kongsi akan membolehkan lebih banyak laluan antarabangsa secara terus, meningkatkan kesalinghubungan global Sarawak serta membuka peluang ekonomi baru,” katanya.

Setakat suku ketiga tahun ini statistik menunjukkan Sarawak mencatat 112,625 pergerakan pesawat dan 9.07 juta penumpang, meningkat 15 peratus berbanding tempoh sama tahun 2024. Kargo udara juga meningkat kepada 49,895 tan, berbanding 42,381 tan pada tahun sebelumnya.

Kuching kekal sebagai pintu masuk utama dengan 268 penerbangan mingguan, diikuti Miri (144), Sibu (79), Bintulu (48), Limbang (3), Lawas (2) dan Mulu (7). Di bawah RAS, purata 684 penerbangan mingguan menghubungkan bandar utama dan kawasan luar bandar, dengan Miri (190), Kuching (164), Sibu (69) dan Bintulu (59).

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok