MIRI - Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam jenayah khianat harta benda dengan menyimbah cat pada kereta di hadapan rumah mangsa di Daerah Miri.
Tangkapan dilakukan oleh ASP Goldy Anak Jangan bersama pasukan CPJ Balai Polis Pusat Miri pada Selasa 2 Nov, jam 6.14 petang di Jalan Bakam, dengan rampasan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam jenayah tersebut.
Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Pihak polis menasihatkan orang awam tidak melibatkan diri dalam kegiatan jenayah dan digalakkan menyalurkan maklumat bagi membanteras jenayah di Miri.
Sumber: fb Polis Daerah Miri
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back