MIRI - Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki cuba mencuri kabel di tepi jalan menghala Bulatan GL, Miri, pada 29 November lalu.
Menurut kenyataan Polis Daerah Miri di Facebook rasminya, tangkapan dilakukan oleh unit MPV IPD Miri di bawah penyeliaan Sjn Helmi Rosli, dengan rampasan beberapa peralatan yang digunakan untuk cubaan jenayah itu.
Suspek kini ditahan di Lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.
Pihak polis menasihatkan orang awam tidak melibatkan diri dalam kegiatan jenayah dan digalakkan menyalurkan maklumat bagi membantu membanteras jenayah di daerah Miri.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back