• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 December 2025 | 01:24 AM

Alexander Nanta Linggi Galas Tugas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, akan menjalankan tugas dan fungsi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkuat kuasa hari ini, susulan peletakan jawatan terdahulu oleh Datuk Ewon Benedick.

Keputusan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat lepas, menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas sumbangan Ewon sepanjang memimpin kementerian tersebut.

Nanta menerusi hantaran di Facebook mengucapkan terima kasih atas kepercayaan diberikan dan menegaskan akan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh komitmen, memastikan kesinambungan operasi KUSKOP serta kelancaran dasar yang sedang dilaksanakan.

“Saya komited untuk memastikan kementerian terus berfungsi dengan teratur, memberi manfaat kepada usahawan, PKS, koperasi dan rakyat secara keseluruhan,” katanya, sambil menekankan pentingnya kerjasama erat dengan agensi, rakan industri dan pemegang taruh.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok