KUALA LUMPUR - Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peranan baharunya selepas tamat tempoh sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Senator pasa Selasa 2 November.
Beliau menegaskan kesediaan untuk terus menyokong kerajaan dalam apa jua kapasiti sementara menantikan pengumuman rasmi.
Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar memberi indikasi bahawa Zafrul akan diberikan jawatan baharu.
Selain itu, Tengku Zafrul, yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), akan terus aktif menyokong sukan negara termasuk Sukan SEA 2025 di Thailand, yang akan berlangsung pertengahan bulan ini.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back