KUCHING - Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan polis di Kampung Goebilt, Kuching, selepas disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine bernilai RM660.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Anak Chabu, suspek ditahan pada Isnin 1 November, jam 1.25 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan menemui tujuh paket plastik lutsinar berwarna biru mengandungi dadah seberat 6 gram.
Katanya, ujian saringan awal negatif dadah, dan suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman penjara 2 hingga 5 tahun serta 3 hingga 9 sebatan jika sabit kesalahan. Suspek direman selama tiga hari dari 3 hingga 5 Disember 2025.
ACP Alexson menegaskan, kejayaan tangkapan ini hasil risikan berterusan dan kerjasama orang awam.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui hotline JSJN Bukit Aman di 012-208 7222 atau JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back