• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 December 2025 | 10:57 AM

Projek Trans-Borneo Railway: Kajian Kebolehlaksanaan Sedang Berjalan

KUCHING - Projek Trans-Borneo Railway terus menunjukkan perkembangan positif dengan kajian kebolehlaksanaan yang dijalankan di bawah koordinasi Kementerian Pengangkutan Malaysia, dengan kerjasama daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, laporan interim pertama telah dibentangkan pada 30 Oktober lalu dan kajian lengkap dijangka siap menjelang Jun 2026.

Katanya, sejak permulaan projek pada Jun 2025, dua bengkel teknikal telah diadakan bersama agensi berkaitan dari Sabah bagi menyemak penemuan awal dan memperkukuh koordinasi perancangan.

“Garisan landasan kereta api awal juga telah dicadangkan dan akan terus diperhalusi dalam kajian ini,” katanya semasa sesi penggulungan bagi kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Projek Trans-Borneo Railway dilihat sebagai inisiatif transformasi serantau yang bertujuan memperkukuh hubungan antara wilayah, menyokong integrasi ekonomi dan meningkatkan mobiliti di seluruh Borneo.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok