MUKAH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Mukah melaksanakan Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan pada Isnin 1 November, bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.
Sepanjang operasi, 180 kenderaan diperiksa dan beberapa kesalahan dikesan termasuk pemandu tanpa lesen, lesen tamat tempoh serta pelbagai kesalahan teknikal yang berisiko kepada keselamatan.
JPJ Sarawak menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak yang mengabaikan peraturan.
Operasi penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan bagi memastikan jalan raya lebih selamat dan berdisiplin untuk semua pengguna.
Sumber: fb JPJ Negeri Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back