KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Ekonomi Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib menegaskan kepentingan memastikan projek pembangunan berjalan lancar, semasa menghadiri Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Bil. 2/2025.
Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Ekonomi, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di ibunegara pada Isnin, 1 November.
Mesyuarat berkenaan menumpukan perhatian kepada kemajuan projek di bawah Rolling Plan 5 (RP5) serta menilai pelaksanaan projek oleh bahagian, jabatan dan agensi di bawah kementerian.
Dato Hanifah dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, pihak kementerian turut menekankan tindakan segera bagi menyelesaikan sebarang isu atau halangan, agar setiap projek dapat disiapkan mengikut jadual dan memberikan impak pembangunan yang maksimum kepada negara.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back