• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 December 2025 | 09:35 AM

DUN Sarawak: DLP ke Sekolah Menengah Sarawak Mulai 2026 - Roland

KUCHING - Program Dwibahasa (DLP) di Sarawak akan diperluas ke sekolah menengah mulai tahun depan, menjadikan semua pelajar Tingkatan 1 memasuki aliran tersebut sehingga Tingkatan 5.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, peluasan itu membawa perubahan penting di peringkat menengah atas apabila mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan akan diajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Langkah ini, katanya, adalah sebahagian strategi memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi memastikan pelajar Sarawak lebih kompetitif serta bersedia menghadapi keperluan masa depan, khususnya dalam bidang STEM.

Setakat ini, DLP di Sarawak mewajibkan semua sekolah kebangsaan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, termasuk melalui Ujian Penilaian DLP (UP-DLP).

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasaan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin, 1 November.

Dalam perkembangan lain, Sagah memaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) di Samarahan kini 40 peratus siap dan dijangka beroperasi pada Oktober 2026.

Pusat itu bakal menjadi hab penyelidikan utama untuk penyakit seperti TB, malaria, denggi, ASF, rabies dan jangkitan parasit.

Beliau turut mengumumkan bahawa 64 kursus telah diluluskan di bawah Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) di empat institusi milik Sarawak, dengan senarai lengkap akan diumumkan Premier Sarawak pada 18 Disember.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok