KUCHING - Sarawak terus menggerakkan agenda peralihan tenaga melalui pelaksanaan projek strategik di bawah Sarawak Gas Roadmap (SGR).
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, Petros sedang membangunkan infrastruktur gas di empat hab utama iaitu Miri, Samalaju, Bintulu dan Kuching, termasuk projek loji 500MW CCGT Miri yang kini 30 peratus siap dan dijangka beroperasi pada suku keempat 2027.
Beliau berkata, Projek Kidurong-Samalaju Gas Pipeline sepanjang 65 kilometer pula telah mencapai 91 peratus kemajuan dan dijangka beroperasi pada suku kedua 2026.
Katanya lagi, Inisiatif komuniti seperti Gas to Bintulu (GtB) dan Gas Direct to Kitchen di Miri turut diperkukuh, melibatkan sambungan gas berpaip kepada ratusan kediaman berpendapatan rendah.
Datuk Seri Julaihi berkata demikian semasa menggulung perbahasan untuk kementeriannya di Persidangan DUN Sarawak di sini pada Isnin, 1 November.
Menurutnya lagi, Sarawak juga sedang membangunkan Virtual Pipeline System (VPS) bagi membekalkan LNG dari Bintulu ke Kuching mulai suku pertama 2026, selain menerajui projek Kuching Low-Carbon Hub (KLCH) yang merangkumi pembangunan terminal regasifikasi, taman petrokimia rendah karbon dan loji CCGT 5,000MW.
Julaihi menambah, semua projek ini menyokong matlamat Sarawak meningkatkan penggunaan gas domestik daripada 7 peratus kepada sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2030.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back