KUALA LUMPUR - Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk getah sekerap dan lateks diaktifkan bagi November 2025 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Dalam satu kenyataan semalam, LGM berkata bagi getah sekerap, kadar IPG di Semenanjung ditetapkan pada lima sen sekilogram untuk 50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) dan 10 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
Sementara itu, di Sabah dan Sarawak, kadar IPG adalah 40 sen sekilogram untuk 50 peratus KGK dan 80 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
IPG lateks akan diaktifkan serentak dengan IPG getah sekerap apabila harga purata bulanan di ladang bagi getah sekerap berada pada RM3 sekilogram atau kurang.
Semua pekebun kecil getah Malaysia yang layak akan menerima pembayaran IPG.
Menurut LGM, pekebun kecil di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak layak menerima pembayaran IPG antara 1 hingga 31 Dis, 2025, berdasarkan pengeluaran getah mereka pada November 2025.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back