• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 December 2025 | 09:04 AM

Sarawak Mahu Terlibat Dalam Projek SALAM

KUCHING - Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi berharap kerajaan Persekutuan dapat memberi ruang kepada syarikat telekomunikasi negeri ini untuk turut terlibat dalam pelaksanaan projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM).

Projek SALAM merupakan inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2026 bagi memperkukuh infrastruktur digital negara.

Beliau berkata inisiatif SALAM akan melibatkan pembinaan kabel fiber optik dasar laut sepanjang 3,190 kilometer yang menghubungkan Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

Datuk Seri Julaihi berkata demikian pada sesi penggulungan bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching semalam.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata syarikat telekomunikasi milik kerajaan negeri, SACOFA sedang giat melaksanakan penambahbaikan gentian optik bagi meningkatkan kapasiti rangkaian dan infrastruktur sokongan.

Ujarnya, inisiatif yang bermula sejak Oktober lepas ini dijangka siap dalam tempoh 20 bulan.

Ia bertujuan meningkatkan keupayaan perkhidmatan backhaul bagi penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti CelcomDigi, Maxis dan U Mobile bagi mengurangkan kesesakan rangkaian serta memberi kualiti sambungan Internet yang lebih stabil kepada pengguna.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok