• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 December 2025 | 12:45 AM

Pullman Kuching Raikan Acara Tahunan Penyalaan Pokok Krismas

KUCHING - Pullman Kuching meraikan acara tahunan penyalaan Pokok Krismas malam ini dengan kehadiran lebih 200 tetamu, termasuk wakil komuniti, korporat, media dan pempengaruh.

Pengurus Besar Pullman Kuching, Sunardi Song berkata sambutan Krismas tahun ini menjadi lebih istimewa apabila hotel berkenaan mengumumkan kempen ‘Christmas Diversity, Equality and Inclusivity’ (DEI) melalui jalinan kerjasama dengan Persatuan Autisme Kuching (KAA).

Berucap pada majlis itu, beliau berkata Pullman Kuching berbesar hati melancarkan sokongan kepada Persatuan Autisme Kuching, sebuah organisasi yang tanpa jemu memperkasakan individu autisme untuk mencapai potensi penuh mereka serta menjalani kehidupan berdikari dan bermakna.

Sunardi menjelaskan, Pullman Kuching memperkenalkan dua inisiatif bagi menyokong program KAA untuk kanak-kanak autisme iaitu memyalurkan sebahagian daripada hasil Makan Malam Bufet Malam Krismas.

Selain itu, pihaknya juga menyediakan satu ruang khas di lobi hotel untuk mempamerkan karya seni dan biskut yang dihasilkan oleh kanak-kanak KAA, di mana hasil jualan akan diserahkan sepenuhnya kepada persatuan.

Pullman Kuching menawarkan Makan Malam Bufet untuk Malam Krismas dengan harga RM228 seorang.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok