KUCHING - Seorang lelaki warganegara tempatan berusia 34 tahun ditahan kerana memiliki dadah di Kampung Semariang Jaya, semalam.
Polis Daerah Kuching dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan pemeriksaan ke atas suspen menemui satu paket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki Methamphetamine seberat 5.30 gram, bernilai RM583.00.
Ujian saringan awal kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
Suspek juga mempunyai sembilan kesalahan lampau berkaitan dadah dan direman selama dua hari hingga 3 Disember 2025 bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua hingga lima tahun serta sebatan tiga hingga sembilan sebatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back