LAWAS - Sebuah gudang penyimpanan barangan elektrik di Jalan Trusan, musnah terbakar petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.25 petang.
Komander Operasi memaklumkan kebakaran telah memusnahkan 100 peratus gudang tersebut.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih disiasat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back