• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

01 December 2025 | 04:19 PM

Vibes EDM Warnai Festival Muzik Borneoland 2025, Sambut Tahun Baru 2026 Dengan Gaya Berbeza

Kuching – Festival Muzik Borneoland 2025 bakal bawakan pengalaman sambutan tahun baharu 2026 dengan konsep unik iaitu ‘vibes’ muzik elektronik tarian (EDM).

Festival itu dijadual akan diadakan pada 31 Disember ini di Kampung Budaya Sarawak dan bakal menampilkan ramai pemuzik EDM tempatan dan antarabangsa.

Antara nama besar yang bakal menggegarkan pentas pada malam tersebut ialah BLASTERJAXX, AVAO, ACINA, DIMATIK dan DJ DNA.

Pengarah Pengurusan Festival, Nurhisam Asaludin dalam sidang media festival itu hari ini menegaskan bahawa, Festival Muzik Borneoland 2025 tidak sama dengan mana-mana festival muzik EDM lain yang pernah diadakan di negeri ini.

Tegasnya, festival itu tampil dengan keunikan tersendiri menerusi gabungan elemen muzik EDM bersama suasana budaya Sarawak yang disifatkan berbeza dengan konsep mana-mana festival muzik EDM.

Menurut beliau, bersempena dengan sambutan malam tahun baharu, pihaknya merancang persembahan khas semasa kiraan detik tahun baharu sebelum disusuli dengan pertunjukan bunga api sebagai acara kemuncak.

Ia dijangka akan menjadi satu detik manis buat para pengunjung yang memeriahkan festival itu.

Tambahnya lagi, penganjur menyasarkan kehadiran seramai 20,000 pengunjung.

Setakat ini tiket jualan awal telah habis dijual sementara kategori tiket lain masih ditawarkan dalam kuantiti terhad.

Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai susulan sambutan muzik elektronik di Kuching yang semakin mendapat tempat, walaupun acara berkenaan diadakan pada malam tahun baharu.

Sekiranya sambutan tahun ini menggalakkan, pihaknya merancang untuk menjadikan festival itu sebagai acara tahunan untuk dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Festival Muzik Borneoland 2025 di Kuching. 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok