KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada rombakan Kabinet besar-besaran akan dibuat dalam masa terdekat, sebaliknya hanya pengisian beberapa kekosongan jawatan yang diperlukan.
Beliau berkata faktor tempoh pentadbiran Kerajaan MADANI yang tinggal sekitar setahun setengah menjadikan perubahan besar tidak relevan pada ketika ini.
Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Kenderaan Elektrik (EV) pertama Perodua di sini hari ini.
Spekulasi rombakan kembali hangat susulan beberapa menteri dan timbalan menteri berstatus Senator bakal menamatkan penggal perkhidmatan, antaranya Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Anwar bagaimanapun mengesahkan proses meneliti calon sesuai sedang berjalan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back