• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

01 December 2025 | 03:23 PM

Sarawak Tegas Perangi Pembalakan Haram, Perkukuh Penguatkuasaan - Len Talif

KUCHING - Kerajaan Sarawak terus mempergiat usaha membanteras pembalakan haram dan jenayah hutan melalui tindakan penguatkuasaan menyeluruh.

Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, bagi tempoh Mei hingga Oktober tahun ini, 81 kertas siasatan dibuka oleh Jabatan Hutan Sarawak melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan hutan.

Daripada jumlah itu, empat kes telah dibawa ke mahkamah, dengan dua sudah diputuskan dan dua lagi masih dalam perbicaraan.

Sepanjang operasi tersebut, kerajaan mengutip RM554,923 kompaun serta RM718,551 hasil jualan kayu rampasan. 

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan kementerian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Len Talif berkata, Sarawak Forestry Corporation (SFC) turut memperkukuh rondaan dan operasi pencegahan pencerobohan di Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) serta habitat hidupan liar.

Dari April hingga November, SFC membuka 59 kertas siasatan, membawa kepada sembilan kes mahkamah, 15 kompaun dan jumlah denda terkumpul RM216,700.

Dalam usaha mengekang penyeludupan merentas sempadan, operasi bersama SFC, Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa Indonesia dari 4 hingga 8 November turut membawa kepada rampasan 313 hidupan liar, termasuk spesies kayu ara, rhu laut dan pokok tanduk rusa.

Di peringkat nasional, Sarawak juga menyertai Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama beberapa agensi persekutuan dengan 24 operasi dijalankan dan nilai rampasan mencecah RM2.23 juta.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok