KUCHING — Sebanyak 64 kursus ditawarkan di bawah Skim Pendidikan Tinggi Percuma yang akan mula dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak pada Januari 2026.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata skim itu ditawarkan di empat institusi pendidikan tinggi milik Sarawak, iaitu di empat institusi pendidikan tinggi milik Sarawak, iaitu Universiti Swinburne, Universiti Curtin, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Kolej Universiti i-CATS (i-CATS).
Katanya, senarai penuh 64 kursus tersebut akan diumumkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kelak.
Dato Sri Roland berkata demikian semasa menyampaikan penggulungan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak pada persidangan (DUN), hari ini.
Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM250 juta bagi pelaksanaan skim tersebut untuk menampung yuran pengajian pelajar tempatan di institusi terbabit.
Selain itu, pelajar daripada isi rumah yang mempunyai pendapatan per kapita RM1,500 atau kurang sebulan akan menerima elaun RM15,000, termasuk RM5,000 yang disalurkan terus kepada unit kediaman institusi bagi kos penginapan.
Baki RM10,000 pula akan disalurkan terus ke akaun pelajar melalui S Pay Global bagi membantu perbelanjaan sepanjang pengajian.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back