• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 November 2025 | 08:54 AM

Liverpool Terus Merudum, Tewas Memalukan Kepada PSV di Anfield

LIVERPOOL - Derita Liverpool berpanjangan apabila mereka sekali lagi kecundang, kali ini di laman sendiri selepas tewas 1-4 kepada PSV Eindhoven dalam aksi Liga Juara-Juara yang menyaksikan prestasi hambar The Reds berterusan.

Skuad Arne Slot kini melalui tempoh paling buruk sejak 1953, tewas sembilan daripada 12 perlawanan terakhir semua pertandingan.

Walaupun sebelum ini mencatat tiga kemenangan daripada empat aksi Liga Juara-Juara termasuk menundukkan Real Madrid, kekalahan terbaharu ini menimbulkan persoalan besar mengenai hala tuju pasukan.

PSV membuka jaringan seawal minit keenam selepas Virgil van Dijk menghadiahkan penalti yang disempurnakan Ivan Perisic. Liverpool menyamakan kedudukan 10 minit kemudian menerusi Dominic Szoboszlai yang memanfaatkan bola muntah hasil percubaan Cody Gakpo.

Namun, kebangkitan Liverpool tidak bertahan lama. Ketika tuan rumah semakin tertekan memburu keputusan positif, PSV kembali di depan melalui Guus Til selepas satu hantaran cantik Mauro Junior memecah benteng pertahanan.

Babak kedua terus menyaksikan kerapuhan Liverpool. Couhaib Driouech menambah derita tuan rumah apabila menyambar bola lantunan sebelum melengkapkan malam gemilang PSV dengan gol keduanya pada masa kecederaan.

Kemenangan itu adalah yang pertama buat PSV ke atas kelab daripada England sejak 2008, sekali gus melonjakkan mereka ke tangga ke-15.

Liverpool pula jatuh ke kedudukan ke-13 dan kini berdepan tekanan hebat dalam perebutan sengit slot lapan teratas.

Sumber: BBC

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok