KUCHING - Sarawak tidak mempunyai peruntukan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak menerima 40 peratus hasil seperti yang dinikmati Sabah.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Persekutuan-Negeri) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata meskipun keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu baru-baru ini mengesahkan hak Sabah terhadap tuntutan 40 peratus hasil, klausa tersebut tidak wujud bagi Sarawak.
Katanya, peruntukan jelas mengenai hak 40 peratus itu hanya termaktub untuk Sabah, bukan Sarawak.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Katibas, Lidam Assan, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching hari ini.
Bagaimanapun, Datuk Sharifah Hasidah menegaskan bahawa keputusan mahkamah itu tetap membawa implikasi penting kepada kedua-dua negeri di Borneo.
Menurutnya, prinsip yang diputuskan mahkamah adalah jelas, Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan perlembagaan untuk menunaikan tanggungjawab kewangan terhadap Sabah dan Sarawak dan kewajipan tersebut boleh dicabar serta ditentukan melalui proses kehakiman.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back