• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 November 2025 | 03:44 PM

Tiada Isi Rumah Miskin Tegas Di Daerah Kabong

KUCHING - Tiada isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin tegar di daerah Kabong berdasarkan statistik terkini eKasih sehingga 1 Oktober 2025.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Miskin Tegar 2022 menetapkan ambang rasmi pada RM1,298 sebulan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, berkata walaupun tiada miskin tegar, kerajaan terus memperkukuh bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan rentan.

Katanya, bantuan itu merangkumi tunai, keusahawanan, latihan kemahiran, bantuan perubatan, pembangunan pertanian, perumahan, serta sokongan pendidikan termasuk pengangkutan percuma dan program tuisyen pelajar SPM.

Katanya, usaha berterusan itu memastikan rakyat di semua kawasan, termasuk Kabong, mendapat akses menyeluruh kepada program yang mampu meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

eKasih, Pangkalan Data Kemiskinan Nasional, merekodkan maklumat lengkap isi rumah dan keberkesanan bantuan bagi memastikan program kerajaan sampai kepada mereka yang layak.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok