• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 November 2025 | 03:41 PM

Polis Sarawak Beri Jaminan Banteras Kegiatan 'Judi Online'

KUCHING – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak sedang meneliti kaedah baharu yang lebih berkesan untuk membanteras kegiatan judi dalam talian yang semakin berleluasa di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, berkata pendekatan baharu yang menumpukan kepada kelemahan sistem operasi judi dalam talian sedang dikaji bagi memastikan aktiviti tersebut dapat dihentikan pada peringkat akar umbi.

Bercakap kepada pemberita di Kuching hari ini, beliau menjelaskan sekiranya sistem itu berjaya diblok, tiada sesiapa akan dapat mengakses atau bermain judi secara dalam talian.

Tambahnya, kerajaan sedang menilai teknologi yang membolehkan laman web dan rangkaian perjudian disekat sepenuhnya.

Datuk Mohamad Zainal turut menyeru masyarakat meningkatkan kesedaran mengenai bahaya perjudian, menekankan bahawa aktiviti itu tidak pernah menjadikan pemain kaya sebaliknya menguntungkan penganjur.

Beliau menegaskan, gejala perjudian membawa risiko serupa dengan penyalahgunaan dadah kerana kedua-duanya boleh mendorong individu melakukan jenayah lain akibat desakan kewangan.

Tambah beliau, usaha membanteras judi dan dadah memerlukan kerjasama menyeluruh antara masyarakat dan badan penguatkuasaan.

Jelasnya, masyarakat perlu sedar tentang bahayanya gejala dadah dan judi, manakala penguat kuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap semua yang terlibat.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok