• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 November 2025 | 03:32 PM

Polis Sarawak Hantar 1,031 Anggota, Bantu PRN Sabah

KUCHING - Seramai 1,031 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak akan dihantar ke Sabah bagi membantu kelancaran Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung pada 29 November ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata sebahagian daripada anggota berkenaan sudah berada di Sabah manakala kumpulan selebihnya akan berlepas esok, menggunakan pesawat komersial.

Menurut beliau, semua anggota itu akan ditempatkan di semua kawasan di negeri Sabah berdasarkan keperluan operasi yang telah disusun oleh Polis Kontingen Sabah.

Datuk Zainal berkata demikian ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Padang Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Kuching, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Datuk Zainal berkata Polis Sarawak berada dalam kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka membawa taburan hujan tinggi di negeri ini pada Disember dan memuncak Januari.

Katanya, semua daerah serta agensi penyelamat telah diarahkan menyemak kebolehfungsian semua aset dan kelengkapan, termasuk bot, kenderaan dan peralatan komunikasi, bagi memastikan operasi bencana dapat digerakkan tanpa gangguan.

Beliau yang merupakan Komander Operasi Bencana Banjir Negeri berkata ketua polis daerah akan mengetuai operasi di peringkat daerah, dengan semua agensi diselaras mengikut keperluan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok