• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 November 2025 | 08:49 AM

Chelsea Benam Barcelona 3-0, Estevao Bersinar Atasi Lamine Yamal

LONDON - Chelsea mempamerkan aksi bertenaga apabila menewaskan Barcelona 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara, dengan remaja sensasi Estevao Willian mencuri tumpuan mengatasi bintang muda lawan, Lamine Yamal.

Perlawanan berubah selepas Barcelona beraksi dengan 10 pemain apabila kapten Ronald Araujo dilayangkan kad kuning kedua sebelum rehat, membuka ruang untuk Chelsea menguasai tempo permainan.

Chelsea mendahului hasil gerakan sepakan sudut pendek yang menyaksikan flick Neto terkena Jules Kounde dan masuk ke gawang sendiri.

Selepas dua jaringan Enzo Fernandez dibatalkan, The Blues akhirnya menggandakan kelebihan menerusi aksi solo memukau Estevao yang memperdaya dua pertahanan sebelum merembat deras menewaskan Joan Garcia.

Barcelona terus buntu, manakala sorakan di Stamford Bridge semakin bergema apabila Liam Delap menamatkan kemarau 11 perlawanan tanpa gol dengan penyudah kemas bagi gol ketiga selepas menerima hantaran cantik Fernandez.

Yamal pula terpaksa akur malam hambar apabila dikeluarkan pada minit ke-80, berbeza dengan Estevao yang disambut dengan tepukan gemuruh ketika dikeluarkan dua minit kemudian.

Kemenangan bergaya itu mengukuhkan kedudukan Chelsea dalam kelompok lapan teratas fasa liga 36 pasukan, sekali gus mencerahkan peluang mereka mengelak aksi play-off Februari nanti.

Sumber: BBC

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok