BAU - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau bersama anggota IPD Bau menahan 13 lelaki dan seorang wanita dalam Op Tapis Khas / Op Waran Tangkap yang dijalankan di kawasan Sebuku, Kampung Kaman Krokong dan Kampung Sibuluh, Bau pada Selasa 25 November.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A.Rahman dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan mendapati seorang lelaki memiliki 12.40 gram syabu, manakala dua lelaki lain masing-masing memiliki 1.13 gram syabu, dan mereka ditahan di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Hasil ujian saringan air kencing ke atas 14 suspek juga didapati positif dadah, dengan kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pihak polis menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap penglibatan dalam penyalahgunaan dadah. Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat melalui hotline JSJN Bukit Aman di 012-208 7222 atau JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.
Sumber: IPD Bau
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back