KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menasihatkan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), termasuk mereka di kawasan terjejas banjir, untuk menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin terhadap kemampuan diri.
“Semoga usaha, doa dan ketabahan kalian membuka pintu kejayaan yang lebih besar untuk masa depan,” katanya melalui hantaran di X semalam (25 Nov).
Anwar menambah kerajaan, melalui Kementerian Pendidikan (KPM) dan pihak berkaitan, telah bersiap sedia memastikan setiap calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat, tersusun dan terjaga.
Peperiksaan SPM 2025 bermula semalam dengan Bahasa Melayu Kertas 1, melibatkan 413,372 calon di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara dan akan berlangsung sehingga 23 Disember.
Perdana Menteri turut berkongsi video tinjauan hari pertama peperiksaan di SMK Putrajaya Presint 11(1) yang melibatkan 228 calon.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back