KUCHING - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menjalankan 10 operasi bersepadu sejak 11 November, berjaya merampas pelbagai barangan termasuk produk sejuk beku, diesel, minuman keras dan rokok dengan nilai keseluruhan RM5.08 juta.
Komander Briged Sarawak, SAC Lim Bak Phai, berkata rampasan awal melibatkan 8,200 kg daging sejuk beku tanpa dokumen beserta sebuah lori di Kampung Stass, Bau, dengan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan.
Beberapa serbuan berikutnya di Lundu, Kuching, Bau, Sematan, Engkilili dan Bintulu membawa kepada penahanan lebih ramai suspek, termasuk warga tempatan dan seorang warga asing.
Antara rampasan terbesar ialah 6,700 liter diesel, 3,429 liter minuman keras, 1,278 karton rokok, lori, van dan peralatan berat, bernilai jutaan ringgit. PGA juga menahan individu yang cuba menyeludup daging babi dan produk sejuk beku tanpa dokumen sah.
“Operasi ini menunjukkan komitmen PGA mengekang penyeludupan dan aktiviti jenayah berkaitan barangan terlarang di Sarawak,” kata SAC Lim dalam satu kenyataan
Tindakan bersepadu tersebut sekali gus memperkukuh penguatkuasaan undang-undang serta keselamatan di negeri ini.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back